UPDATED!! Gempa: Mayat Mangsa Di Gunung Kinabalu Diturunkan
Ucapan Takziah kepada keluarga mangsa..!!
Gegaran susulan menyukarkan operasi
RANAU 5 Jun - Gegaran susulan pada pukul 9.11 malam tadi menyebabkan berlaku runtuhan batu di Kilometer 1.5 dari Timpohon Gate.
Perkara itu disahkan jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Runtuhan tersebut dipercayai menghalang laluan untuk operasi menyelamat. - UTUSAN ONLINE
Mayat Pertama Diturunkan
RANAU 5 Jun - Mayat pertama mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu dibawa turun dan tiba di Timpohon Gate pada pukul 8.25 malam ini.
Mangsa dipercayai malim gunung.
Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk dibedah siasat.
Setakat ini, bilangan mereka yang terkorban belum dapat disahkan. - UTUSAN ONLINE
RANAU 5 JUN 2015 - Pasukan penyelamat membawa keluar mayat pendaki dari Gunung Kinabalu selepas kejadian gempa bumi 5.9 skala Ritcher yang melanda daerah Ranau di sini hari ini. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin -
Takziah!!..Inilah mangsa yang meninggal dunia dalam gempa bumi di Sabah..
beginilah gambaran situasi yang berlaku di Gunung Kinabalu sekarang
kenyataan ini tidak di pastikan benar atau tidak..namun ini yang diterima melalui laman sosial sebentar tadi..harap-harap maklumat ini tidak benar..semoga semua mangsa yang terlibat dalam keadaan yang selamat semuanya..
sumber: Utusan Online
>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)
Artikel Menarik:
No comments