Bahaya!! Hati-Hati Rakyat Malaysia!!Tiba Di Malaysia Pagi Tadi, Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Masuk








Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah dalam satu kenyataan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan bekas perogol bersiri warga Malaysia, Selva daripada memasuki Sabah, lapor Bernama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, larangan berkenaan telah dikuatkuasakan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan lelaki tersebut dilabel individu paling berbahaya.

“Dia tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh menanggung risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Rakyat perlu dilindungi,” katanya.

Selva, yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, tiba di Malaysia awal pagi tadi.

Dia dipenjarakan di Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita termasuk serangan seksual. 


The devil is about to return to Malaysia, guys. 😞

Selva Kumar Subbiah kena penjara 24 tahun since 1992 di Ontario, Kanada atas tuduhan merogol 19 wanita. Tapi, dia didakwa telah merogol hampir 1000 wanita di Kanada.
Sebelum rogol, dia masukkan dadah dalam minuman. Lepastu, dia rakam gambar bogel wanita tu.

Polis jumpa sebuah buku milik Selva yang mengandungi nama 170 wanita siap dengan penilaian antara 0-10 untuk setiap mangsa dia.
Dalam penjara pun, dia still seludup gambar bogel wanita. 
Kanada chop dia sebagai pesalah paling teruk dan berisiko paling tinggi so far and dia kena halau dan tak boleh kembali ke Kanada langsung. 
And now, dia akan pulang ke Malaysia Ahad ni. 🤦🏻‍♀


Be extra careful, ladies. Semoga kita semua dilindungi-Nya.
P/s: Tag your girlfriends to alert them!

Selva Kumar Subbiah ni org Malaysia.!!??


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






No comments