Bahaya!! (Video) "Perut Boleh Bocor Kalau Bateri Tinggal Lama Kat Dalam," Jururawat Ini Kongsi Pengalaman Kendali Kes Bayi 7 Bulan Tertelan Bateri Lazer


27 Mac - Ibu bapa mana yang mahu anaknya ditimpa kecederaan atau kemalngan. Kadang-kala ibu bapa terlepas pandang  beberapa perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anak-anak.

Seperti apa yang diceritakan oleh seorang jururawat yang berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes seorang bayi berusia 7 bulan tercekik bateri lampu lazer.

Menurut Norkhairunnisah Aziz, kejadian itu berlaku apabila ibunya sedang sibuk menyediakan makanan tengahari dan tiba-tiba anaknya berusia 7 bulan menangis dalam buai.

Ayat "BIASANYA" jangan terbiasa dengan ayat tersebut.!

"Kes budak tertelan battery lazer, berusia 7 bulan"

Dalam lingkungan jam 1 petang, ibu nya sedang sibuk bersiap untuk sediakan makan tengahari. Tiba-tiba anak nya berusia 7 bulan tu menangis dalam buai.

Ibu minta tolong anak nya yang sulong @abg yang berusia 6 tahun untuk tengok-tengok kan adiknya sementara ibu dah nak siap sediakan makanan mereka.




Tanpa pengetahuan ibu, abg nya bagi pulak lazer kat si adik. Si adik berusia 7bulan tu kan tengah suka gigit-gigit dan sememangnya baby memang suka masukkan barang dalam mulut. Tak sedar sampai bontot lazer tu tercabut dan battery mula terkeluar dari dalam bekas.

Baby mula menangis meraung, tanpa ibu tahu apa sebabnya, datang la si abg kat ibu dia bagitahu adik dia menangis sungguh-sungguh. Ibu terus datang dan angkat. Nahhh terabur semua battery. Dalam lazer tu sepatutnya ada 3 battery tetapi yang jumpa hanya 2. Syukurlah si ibu alert pasal battery tu. Bayangkan kalau si ibu tak ambil kisah pasal battery tdi tu??

Terus ibu dia selongkar buai dan lantai cari battery 1 lagi. Tak jumpa-jumpa juga. Terus call suami dan ajak pergi ke klinik. Klinik terus buat x-ray , dan sememang nya baby dah tertelan battery tersebut. 

Ibu tu cerita biasanya dia angkat anak dia main kat bawah, biasanya abg dia tak pernah bagi adik dia mainan, biasanya abg dia tolong jaga takde pape. 1 je saya cakap kat ibu dia " takpa lah puan, benda nak jadi, jadikan pengajaran."



Sampai je ke HSA , doctor plan untuk buat scop kiv bukak perut. Kalau berjaya keluarkan battery guna scop , baby tu tak perlu menjalani pembedahan buka perut dimana doctor akan belah perut nya dari atas pusat hingga ke bawah pusat. Tawakkal ibunya kat luar, kehulu kehilir risau keadaan anak, tak putus-putus tanya saya setiap kali saya lalu. Saya faham perasaan dia.

Lepas tuuu, datang lah pakar pembedahan kanak-kanak dan doctor-doctor lain bersungguh-sungguh nak bantu bby tu bagi mengelakkan pembedahan berlaku. Cuba sedaya upaya guna scop masuk ikut tekak tembus esophagus (kerongkong) dan gaster(perut). *scop ni procedure nya macam main game tau, pegang alat masuk kat mulut sampai ke perut, doc hanya lihat melalui tv. Bayangkan.

Dah macam aksi menjala ikan di kolam ai tengok masing-masing. Masuk je battry ke dalam scop tadi tu, terus cepat-cept ikat dan akhirnyaaa berjayaaa bawa keluarr. Huraaayyyyy. Semua dalam tu tepuk tangan. Meremang bulu roma i tau.

Tahu tak apa akan jadi jika battery tertinggal lama dalam perut?? BOCOR.

Yaaa, perut akan bocor. Lagi-lagi baby 7bulan. Battery bersifat alkali, badan kita bersifat acid. 
Alkali bergabung dengan acid berlawanan la macam atromen. Battery akan mula cair, kehitaman , berkarat dan mula makan lapisan demi lapisan perut. Kejadian ni berlaku 1 petang pun perut baby tu dah luka tau. Ada gambar dibawah. Bayangkan kalau kita biarkan lama dan tunggu baby tu berak dengan harapan battry akan ikut keluar sekali.  jangan sesekali fikir macam tu! Battery tak sama macam plastic. Yang boleh keluar ikut lubang bontot.

Battery akan melekat @ tersumbat dalam perut. Memang tak boleh kluar sendiri. Bila perut bocor risiko kepada penyakit lain akan mula timbul. Bnyak komplikasi nya. Terlalu banyak.

Kat sini ada beberapa pengajaran yang boleh kita ambil. 
1. Perhatikan sekeliling, jangan ambil mudah.
2. Buat tindakan cepat, jangan tunggu-tunggu.
3. Pastikan kita tahu mainan apa yang kita belikan untuk anak-anak.
4. Jauhkan dan elakkan membeli mainan yang tidak sepatutnya. Berikan mainan yang sesuai utk budak. Lazer tidak sesuai utk kanak-kanak.
5. Bertenang , jangan kelam kabut.

*jadikan pengajaran untuk semua ibu dan bapa , kakak , abg , makcik pakcik. Tok nenek.
*semoga sedikit kisah ni mampu bantu kita jadi lebih alert dan lebih berjaga-jaga.

Tahniah untuk ibu tu sebab dia bertindak pantas, dia tidak sambil lewa. Semoga baby cepat sembuh atas luka yang dialami. InshaAllah 2,3 hari lagi dah okay perut nya. 




No comments