Ngeri!! 'Wanita' Ini Dibunuh Ketika Lakukan Hubungan S*ks!!??
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berperwatakan wanita yang ditemui mati di rumahnya di Jalan Klang Lama, Rabu lalu dipercayai dibunuh pasangannya ketika mahu mengadakan hubungan seks.
Ia berikutan tiada kesan pergelutan atau pecah masuk di rumah mangsa, yang secara tidak langsung menunjukkan jurujual sambilan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara itu mengenali suspek. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah, ketika dihubungi berkata, hasil siasatan setakat ini tidak menemui kesan liwat pada mayat, namun tidak menolak kemungkinan mangsa dan pasangannya dalam proses mahu mengadakan hubungan seks ganas.
Tangan, kaki terikat
“Ia berdasarkan penemuan mayat dalam keadaan tangan dan kakinya terikat, selain leher dijerut dengan tali pinggang. Biasanya, penemuan mayat dalam keadaan sebegini adalah teknik seks melampau.
“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pecah masuk. Ini menunjukkan mangsa dan suspek saling mengenali. Kehilangan telefon bimbit dan dompet mangsa dipercayai bagi mengelak suspek dikesan polis,” katanya.
Dalam kejadian Rabu lalu, mayat mangsa ditemui jam 11 malam dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh di Rumah Pangsa Sri Lempah, Jalan Klang Lama.
Mangsa berusia 25 tahun itu ditemui tertiarap dan lehernya dijerut tali pinggang oleh ibu saudaranya yang kemudiannya menghubungi polis.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, jurujual itu tidak datang bekerja dan gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu menyebabkan dua rakan mangsa pergi ke rumahnya untuk meninjau keadaannya.
Mengulas lanjut, Azlee berkata, berdasarkan keadaan mayat mangsa, beliau dibunuh beberapa jam sebelum mayatnya ditemui ibu saudara serta dua rakannya.
“Kita sudah mengambil beberapa keterangan daripada ahli keluarga mangsa selain akan mengambil keterangan rakannya bagi mengenal pasti identiti suspek,” katanya.
Hukum Menyerupai Jantina Yang Berbeza.
Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.”(Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir). Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a.
menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah r.a..
Hukum Melakukan Hubungan Seks Dengan Jantina Sejenis.
Hubungan seks yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. ketika Dia mencipta manusia adalah sebagaimana firman-Nya: “Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu dan Dia mengadakan daripada diri itu pasangannya (suami isteri), untuk bersenang-senang satu diri kepada yang lain. Ketika suami mensetubuhi isterinya, mengandunglah dia……” [al-A’raaf 7:189]
Ada pun hubungan seks yang berlawanan daripada kehendak Allah, maka ia bukan sahaja dilarang tetapi langkah-langkah awal ke arahnya juga dilarang. Rasulullah s.a.w. menegaskan:
“Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuhkan badannya kepada badan lelaki yang lain di dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita menyentuhkan badannya kepada badan wanita yang lain dalam satu selimut.” [Shahih Muslim, no: 338]
Imam al-Nawawi menjelaskan:
“Di antara kesimpulan hukum yang diperolehi dalam bab ini ialah haram hukumnya bagi seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan bagi seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Berkenaan hukum ini tidak ada perselisihan di dalamnya (di kalangan para ulama’).” [al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, 2000), jld. 3, ms. 145]
Berkenaan penyentuhan badan sejantina di dalam satu selimut, Imam al-Nawawi melanjutkan:
“Hadis ini menunjukkan larangan yang bersifat haram jika tidak ada penghalang di antara kedua-duanya. Dalam hadis ini terkandung dalil atas haramnya hukum bersentuhan aurat di bahagian mana pun badan seseorang (yang sama jantina) dan ini sudah menjadi satu kesepakatan, kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai kerosakan.” [al-Minhaj, jld. 3, ms. 145]
Perhatikanlah! Jika sekadar melihat dan menyentuh aurat sesama jantina sudah disepakati keharamannya, apatah lagi jika saling melakukan hubungan seks di antara sesama jantina. Sudah tentu ia haram juga.
BERTAUBATLAH SELAGI ADA MASA
Allah SWT berfirman maksudnya:
“Katakanlah: Wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendirinya, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mengampuni semua dosa dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53).
Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala membentangkan tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat hamba yang berdosa di siag hari. Dan Allah Ta’ala membentangkan tagan-Nya di siang hari untuk menerima taubat hamba yang berdosa di malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (HR. Muslim).
SEMOGA MEMPEROLEH MANFAAT DARI ILMU YANG DISAMPAIKAN. CEGAH SEBELUM PARAH.
.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
No comments