GEMPAR!! GANJA AKAN DIHALALKAN DI MALAYSIA?

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat menggunakan ganja sekali
gus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed
Rosli Jamalullail berkata, ganja jelas tidak menjadikan individu itu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang
berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.
"Saya sudah timbulkan isu ini sejak tahun lepas. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan
namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.
"Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja
dibenarkan.
"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini.
Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara
hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Cadangan kaji semula
Pada Rabu, Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan supaya kesalahan
menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.
Muhamad Ridhwan bagaimanapun menegaskan tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata
mahu ia dikawal selia.
Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60
peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.
Cadangan itu turut mendapat reaksi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman
Twitternya.
Ada portal sebelum ini melaporkan, persepsi pemain muzik Reggae dengan gejala menghisap ganja amat sukar
dipisahkan.Negara luar
Dalam pada itu kata Syed Rosli, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy sendiri dalam isu ganja itu harus
diberi perhatian oleh kerajaan diberi perhatian oleh kerajaan.
"Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak
kepada masyarakat mereka.
"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu
pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya mengakui dakwaan terdapat
ekstrak perisa ganja di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan sesetengah pengguna rokok elektronik
termasuk vape
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
No comments