Punca ‘Janda Kuning’ Hanya Berseluar Dalam Terjawab
Cheras – Seorang jiran yang curiga dengan bau busuk dari sebuah rumah membawa kepada penemuan mayat penghuni rumah berkenaan yang sudah kembung di Desa Petaling, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, pemeriksaan mendapati keadaan mayat sudah kembung dengan muka bengkak, lidah terkeluar, tangan dan kaki berubah warna hitam.
Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Ang Yoke Peng berusia 42 tahun dipercayai berasal dari Taman Rasah Jaya, Seremban.
“Pemeriksaan polis mendapati rumah yang disewa mangsa sejak 10 tahun lalu dalam keadaan berkunci.
“Mayat ditemui dipenuhi dengan darah dan minyak kekuningan di sekitar tubuh mangsa. Kami percaya mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lalu,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Chong berkata, siasatan mendapati mangsa sudah berkahwin tetapi mungkin sudah bercerai serta mempunyai dua orang anak yang tinggal di Seremban.
Menurutnya, mangsa mempunyai teman lelaki tempatan berusia 40 tahun yang sering ke rumah sewa mangsa.
“Polis turut menemui satu botol (dapur) yang digunakan untuk menghisap ais (syabu) dalam bilik mangsa.
“Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan yang nyata pada bahagian luar tubuh mangsa dan sukar melihat kesan lebam kerana tubuh mangsa telah hitam,” katanya.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai penagih dadah.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)
Artikel Menarik:
No comments