Video Taktik tawar khidmat seks melalui WeChat dibongkar di Kuala Terengganu Yang Tak Disangka!!
Kuala Terengganu – Taktik sekumpulan pondan menawarkan khidmat seks
menggunakan aplikasi media sosial, WeChat untuk mencari pelanggan
terbongkar selepas tiga pondan warga asing diberkas dalam serbuan di sebuah
hotel dan rumah di sekitar bandar raya ini, malam kelmarin.
Taktik tawar khidmat seks melalui WeChat dibongkar di Kuala Terengganu
Serbuan yang bermula seawal jam 9 malam oleh enam anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen
Terengganu itu melibatkan sebuah hotel bertaraf tiga bintang dan sebuah rumah sewa di sekitar bandar
raya di sini.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Ahmad Salihin Salleh berkata, sebelum serbuan
di hotel tersebut dilakukan, pihaknya telah memasang perangkap menyamar menjadi pelanggan mereka
dengan berhubung melalui WeChat.
“Beberapa hari sebelum serbuan, dua kakitangan kita telah berhubung dengan mereka kononnya untuk
mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum sama-sama bersetuju berjumpa di hotel tersebut.
“Mereka telah menyewa dua buah bilik berasingan dan bersetuju untuk menerima khidmat ditawarkan
dengan bayaran RM150 untuk sekali perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Ahmad Salihin berkata, semasa serbuan dilakukan di dua buah bilik berasingan, kedua-dua pondan
warga Filipina itu baru hendak memulakan khidmatnya dengan membawa pelbagai alatan dipercayai
untuk melakukan seks.
“Ini termasuklah pelbagai jenis kondom, minyak pelincir bagi melakukan seks dan pelbagai lagi peralatan
yang dipercayai bagi melakukan seks yang diletakkan di dalam sebuah beg pakaian,” katanya.
Jelasnya, siasatan awal mendapati kumpulan pondan warga asing itu bergerak secara ‘solo’ untuk
menjalankan urusniaga tidak bermoral itu, dan hanya menetap dalam tempoh tidak lebih seminggu bagi
setiap negeri.
“Mereka menggunakan taktik itu semata-mata hendak mengelak aktiviti mereka dihidu, selain
menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke dalam negara ini bagi mengaburi mata pihak
berkuasa,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Salihin berkata, dalam operasi yang berakhir kira-kira jam 12 tengah malam itu,
pihaknya turut membuat serbuan di sebuah rumah sewa di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, selepas
menerima maklumat awam berhubung aktiviti tidak sihat ini.
“Semasa serbuan dilakukan, terdapat empat individu di dalam rumah berkenaan termasuklah seorang
pondan warga Thailand yang dipercayai sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral.
“Ini terbukti apabila kita menemui pelbagai alatan untuk melakukan seks termasuklah kondom yang
belum digunakan, beberapa pelincir dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, ketiga-tiga pondan yang ditahan akan didakwa mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan
Imigresen 1963 kerana melanggar pas, permit atau pas sempadan yang memperuntukkan
hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika
disabitkan kesalahan.
Kesemua mereka telah ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut, lapor Sinar Harian.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
No comments